Sunday, October 12, 2008

lelaki...

Lelaki,
Mudah sungguh kau melafazkan kata itu
Ringan saja mulutmu melahirkan ungkapan itu
Jangan kau fikir ungkapan itu dapat melembutkan hatiku
Yang sekeras kerikil ini
Tapi apakan dayaku
Aku termakan janji manismu itu lelaki
Ini kerana aku fikirkan bahawa menurut katamu itu dapat mengeratkan hubungan kita
Yang semakin hari semakin mesra
Sehingga lupa diri, lupa kawan
Kau kata kau cinta
Kau kata ingin sehidup semati denganku
Lalu ku menurut sahaja apa kemahuanmu
Setelah apa yang telah aku lalui bersamamu
Terasa diri ini amat bodoh
Sanggupkuberbazir duit semata untuk bersamamu
Sanggupku menolak cinta suci orang lain hanya untuk bersamamu
Cinta yang ku tolak itulah cinta yang sejati dan abadi
Setelah apa yang telah menimpa diriku
Aku pasrah
Sehingga aku sudah tidak lagi mempercayai manusia bernama lelaki
Hingga pada satu masa
Seorang insan bernama lelaki yang tulus mencintaiku
Telah kupermainkan perasaan cintanya itu terhadapku
Ini semua kerana ku di imbau kenangan lalu
Untuk tidak mempercayai lelaki lagi

Lelaki,
Mereka hanya inginkan sesuatu yang berharga dari perempuan
Cintaku tidak lagi semekar dulu
Yang penuh dengan bunga bunga cinta
Cintaku sekarang ditumbuhi onak dan duri
Dilanda ombak dan badai
Dan penuh dengan liku liku kehidupan
Aku terlalu muda untuk memikirkan cinta
Pernah satu ketika perasaan dendamku terhadap lelaki membuak
Sehingga ada yang menjadi mangsa keadaan
Aku masih terkapai kapai mencari cinta yang tulus
Walaupun aku merasakan yang aku tidak akan mendaptkan kebahagiaan itu
Aku teruskan mencuba
Akhirnya ada yang sudi untuk mengisi kekosongan hatiku yang sedang lara ini
Cintaku yang lama telah kukuburkan di pusara hatiku
Akan kutaburkan pusara itu dengan kekesalan
Akan kusirami dengan air mata kesedihan
Bersama cintaku yang baharu
Dapatlah sedikit sebanyak memadam memori yang tidak akan ku lupa sepanjang hidupku
Dapat kurasa bercinta dengan orang yang lebih tua dari usia ku dapat mematangkan fikiran
Walaupun dia cintaku yang baru
Aku masih tetap untuk tidak mempercayainya 100%
Kerana ku tidak mahu peristiwa lama menghantui diriku berulang lagi
Lelaki...

No comments: