Saturday, March 23, 2013

Tantrum!

@NajjiaRiza: You never see my snappishness, but when I do, you better step aside

Wednesday, March 20, 2013

Tips Perut Kempis

Ehem ehem... Ni ramai dok nanye ni cemane perut kite ni maintain je kempisnya. Sebenarnye takdelah kempis mana pun, bila duduk tu ade jugak yang terlipat lipat.

Hmm nak nanye ni korang makan cemane gaya?
- minum dulu pastu baru makan?
- makan pastu minum pastu sambung makan
- makan sampai habis, dah kenyang baru minum?

Haa, dari point no 1&2 tu lah punca perut jadi muncit. Kalau nak elakkan muncit tu, ikut petua kite amalkan. Ok? Makan sampai kenyang, tunggu makanan tu turun ke bawah, kalau tak reti nak budget kadar keturunan makanan dalam perut tu, korang agak agak jelah ye kot kot da sampai bawah makanan tu, baru minum air. Kalau blur sangat tak tau cemana nak budget, senang sejam selepas makan, baru minum air. Minum air suam lagi afdhal!

Ni pun ikut petua arwah atok kite. Die selalu makan, pastu suruh kite buatkan die air suam. Bila dah sejam lepas makan baru die minum air tu.

Selamat mencuba! Tak payah nak pakai mustajab pati halia tu sangat. Buat korang mengelitat je tahan panas.

Sorry

Alaaa sorry laa sorry laa kite typo sebab type pakai phone. Lappy kite dah biol sedih sangat! Tsk! Tsk! Tsk!

Bukan malas nak hantar repair, tapi asik lupa jelah nak menghantonye.

Konklusinya, kite berglobbing pakai phone je, tu yang asik typo je. Kot kot tak paham ayat tu, pepandai lah ye relate kan dengan ape yang ingin disampaikan

Monday, March 18, 2013

To Tanjung Balau, We Go!

Bulan 3 adalah bulan untuk menghabiskan AL saki baki selama setahun yang lepas, aku pun bercadang la nak pergi tengok laut tenangkan fikiran. Kononnye lah kan, sebab tiap hari kerja asik layan kerenah manusia yang banyak cikadak. Sabar jelah, so aku manfaatkan cuti saki baki aku tu dengan pergi ke Tg. Balau. Memandangkan budget agak ciput sebab keesokan harinya nak ke Kelompo lak kan.

Agak menyirap jugak la dengan sistem penggajian kat tempat kerja aku tu, 2hb baru dapat gaji omaigod! Hampir makan pasir aku tahu dak? Kriiik kriiik kriiik. Maka masuklah gaji aku tu ha selama dua hari tak kunjung tiba dalam account bank aku tu. Makanya, aku pun lunaskan segala hutang piutang yang tertangguh sebab gaji masuk lambat kan.

Tup tap tup tap. Pukul 12 tengahari baru aku gerak dari bukit indah, lalu 'hewey' belakang tu masuk tol lima kedai terus menuju ke 'hewey' baru Senai ke Desaeu. Dah lama tak tengok pemandangan indah di panas terik mentari.

Bila dah masuk 'hewey' Desaru, baru tu lah aku terlupa nak beli cenes menes jajan dengan air. Sumpah lupa , padahal tadi dah teringat nak singgah Tesco jap gi beli jajan, tapi bila terpandang jam dah pukul 12, semua benda lupa. Haihh nyanyuk sangat dah kau ni Najjia.

Sepanjang perjalanan, dengan harapan kot kot eh bukan kot kot lagi dah memang terserempak pun dengan R&R. Agak sedih bila tengok R&R dia macam hidup segan mati tak mau. Lalu aku dan Syg pun decide pergi Shell je.

Paling sedih tahap menangis tergolek golek atas lantai bila tengok jajan dia banyak. Sediiiih sangat, macam pergi Shell kat pekan koboi je aku ni. Tapi takp pelah, aku capai je ape yang patut di beli dan meneruskan perjalanan ke Tg Balau.

Jalan punya jalan, yeay! Dah nampak jambatan yang baru tu! Takde lah baru sangat gamaknyee cuma aku je yang sedih sangat tak pernah lalu situ. Sedih kan, aku dengan jakunnye pun cakap "eh cantiknya pulau ni" omaigod it is not even a pulau pun lah, sungai Johor je. Tapi sumpah cantik view dari atas jambatan tu.

Dengan mengambil masa perjalanan selama 2 jam. Kami pun sampai. Nyet nyet dan wak wak berkeliaran tepi jalan sampai Syg tak sanggup nak tengok jalan tu kot kot ade haiwan 'tercamouflage'.

Dan dan dannnnn kami pun tiba ke destinasi yang dituju omaigaaad ayat macam karangan BM je ke acane ni?

Ombak sangat kuat, rasa macam nak nyanyi lagu ombak rindu je, baru teringat belajar Geografi dengan Pn Endong, bulan March is Northeast Monsoon. Patutlah angin kuat, tapi best, panas panas berangin gitu.

Pasir dia masih halus macam dulu, dan kami pun berjalan jalan kat tepi pantai je sebab memang tak plan nak mandi pun,kang belegam aku macam anak kels. Hihiks. Jalan punya jalan sampai hulun jugak kami jalan. Punya lah syok dating kat sini, bentang bentang tikar, baring baring, tapi aku tak buat la, orang lain yang buat. Jumpa buaian, naik. Jumpa batu, naik. Eh memang best lah nak lapangkan fikiran kat sini tengok ombak kuat.

Kite ni tak cukup budget, makanya cecuti Johor jelah jawabnye ye dok? Tak mampu nak pegi Singapore nak gi USS bagai tuu. Kumpul duit nak kawen. Ehhh?









People Nowadays...

Nampak Orang Pakai Tudung Tapi Nampak Rambut:
Eh kenapa pakai tudung camtu, nak pakai tudung pakailah betul betul. Ni sampai nampak anak rambut. Baik tanggal je tudung tu. " biarlah die, tak perasan kot, kalau ye pun nampak ape salah menegur kan"

Orang Tunang Ada Mini Pelamin:
Eee menyampah je tengok kawan aku ni tunang nak pelamin bagai, buat simple simple dah lah. Ni nak siap pelamin baik kawin terus je. " errr, dah duit dia mencukupi nak buat tunang ade pelamin, awak nak sakit hati sangat tu kenapa? Tu kan hari bermakna buat dia walaupun tunang je"

Kadang kadang tak paham kenapa masih ada lagi orang berfikiran cetek camni, tak tau lah otak tak berkembang ke tak boleh terima perubahan ke atau busuk hati barangkali

Ewwww

Tak boleh ke eja betul betul???
" kitew nark makarn"
" sayunk jomb romayn" eh???
" adEw SaPew sAPew nuCk PenUmbuCK?"

Eyyy rasa nak pang je nampak orang eja camni.

Wednesday, March 7, 2012

Bantu Membantu Amalan Mulia

gitu kau title murni sungguh niat di hati kan, amalan mulia bagai. tapi betul la kalau dulu masa primary school memang cikgu ajar ayat ni ok. memang sifat terpuji bagi sesiapa yang mengamalkan sikap bantu  membantu ini ye teman teman. hari cuti, biasanya aku akan merenggangkan tulang belulang atas tilam je. tapi tanggungjawab lain sebagai seorang Gf kena lah jemput Syg pulang kerja. tak jemput sangat la sebab drive kereta masing masing. aku pun menghidupkan enjin kereta 1000cc menuju ke JPO. sesampainya di sana, terus park kereta dan masuk dalam jumpa Syg. dia suruh aku komplot konon nak gi tengok movie, padahal nak balik awal sebab nak pergi beli dominos pizza one three hundred triple 8 triple 3.. ha kau, siap keluar nombor hotline lagi. agak agak lapar nak makan domino sila view blog ni sebab dah ada nombor hotline domino. dah merepek dah dia ni... 

alolo rajinnya muka dia control handsome kena snap... ni lah kerja aku kalau boring tunggu Syg abis kerja. ni bawah bawah ni lagi banyak gambar yang boleh buat kalian muntah hijau macam shrek.
dah sangat bosan dah perempuan gedik ni. dan ni lah hasilnya apabila kegedikan melanda dikala kebosanan...

tunggu Syg siapkan paperwork, kami pun terus blah cepat cepat. hihihi. destinasi seterusnya adalah domino!!! weehoo!!! sesampainya di sana, kami pun mengorder di kaunter, tapi kat situ banyak binatang yang menjengkelkan dan kami hanya akan makan di rumah je... rumah Syg..
siap tapaw, kami pun pulang ke Taman Cantik Jalan Ayu... alolorh chomel je nama taman rumah Syg. dah lah Cantik,Ayu pulak tu.

Masuk je rumah, tengok parents Syg sedang sibuk mengemas rumah.. haih.. tak senang duduk aku. tanya Umi nak tolong apa, tapi dia cakap takde benda nak tolong. lagiiii lah awkward sebab hanya mampu kumelihat gelagat mereka mengemas rumah.. ish... segan... segan... segan...
selesai je makan, kami pun tak tau dah nak buat apa selain melihat gelagat Umi berceloteh pasal 1Malaysia..hihi.. Ami pulak tak sudah sudah mengepel lantai... ish... tak selesa lah camni... mata aku pun melilau nak cari kerja and yeay! jumpa pun kerja... kerja nya adalahh....
jeng!jeng!jeng!
 MENYAMPUL CUSHION!!!
haa mencabar tak kerja aku? sampul cushion je... feeling raya gitu... haa.. tapi Syg pun nak dok nyibuk sampul cushion jugak. sibuk je Syg ni...
 baru 1 cushion dia sampul dah tercabut zip tu.. nampak sangat tak pernah membantu sampul cushion ni kan Syg kan....
ha! dah cuak lah tu sebab rosakkan zip. nasib baik akak ni ade selamatkan sarung cushion tu daripada jahanam..hish hish hish....chomel je muka kan ketap ketap mulut gitu

Friday, March 2, 2012

Sweet Lah!

Hari yang amat membosankan bagi kami sekeluarga. dan dan dan... kami pun decide untuk pergi ke JPO. Ye, JPO yang kalau pergi sana confirm rambang mata semua kedai nak masuk! eh tak, bukan semua orang macam tu, aku sorang je... orang jakun biasa lah kan. lalu, kami pun siap anak beranak nak ke JPO tu ha. lagipun ibu nak pergi sana sangat sebab dia tak pernah sampai sana.. aku ni tak payah tanya lah kan kalau dah orang yang kusayang sayang memang kerja kat sana pun.. saje je bawak ibu jalan jalan kot kot mana tau dia berkenan ke dengan bembarang kat situ, aku pun tak de belikan ibu apa apa lagi tahun ni. amat bagus lah ya bawa ibu anda berjalan sebab nak suruh tolong habiskan duit anak dia ni.

tapi, tak nak bagitau kat Syg pun yang nak pergi sana sebab cakap dengan dia nak pergi tempat lain. hihihi.. alaah, dia pun mesti dah biasa kena terkejut beruk dengan kehadiran aku secara tiba tiba eh? lalu menunjukkan ekspresi muka gedik tahap boboi bila nampak aku datang.

setibanya kami di sana, kami pun berjalan jalan melewati kedai kedai mahal nak mati yang kat area bawah tu. aku jalan dengan kakbin while ibu kami tinggalkan di belakang dan ini hasilnya...

haduii.. ade ke amik gambar belakang. haihh.. amik la gambar dari depan..
dan kami pun berposing posing layankan ibu amik gambar dari pelbagai sudutsss. kena ada huruf 'S' sebab banyak sudut diambilnya. ok kedai kat bawah semua tak mampu nak masuk. segan sebab duit ciput je kan. kami pun naik lah level atas yang kebanyakan kedainya amatlah berpatutan. bak cogankata Kamdar 'Memang Berbaloi'. tarik ibu pergi kedai Fossil sebab niat di hati memang nak belanja dia purse baru. pilih punya pilih, ibu pun berkenan kat satu purse ni. tapi aku cakap jom lah jalan kat semua kedai survey dulu, mana tau nanti dah beli, masuk kedai lain minat yang lain pulok dah. takkan nak beli 2 kot? haihh.. memang bankrupsi aku kalau begitu jadinya. kami pun masuk la kedai lain lain lagi. dan ibu pun dah make up her mind nak yang kat Fossil tu jugak. ok.. kami berpatah balik dan terus grab n go purse yang dia nak tu setelah meneliti satu per satu. pulok dah, kakbin nak beli bag jugak. haih. aku paling malas tunggu kakbin beli barang. jenuh nak nunggunya. macam tunggu Syg pilih barang. kalah perempuan cerewet. haha!

dah, malas nak layan kakbin. kami pun menuju ke Starbucks dengan harapan dapat memeranjatkan insan tersayang yang sedang bekerja tu ha. aku dan ibu pun pergi la masuk kedai kopi berjenama antarabangsa itu dan TADAAA!!!

kelihatan muka gedik mamancor mancor pabila terlihat aku di dalam kedai itu.haha! ayat macam nak karang novel Ombak Rindu. sial lah. ibu pun membelek belek lagi tumbler yang tersusun indah kat merchandise wall dan tertarik pada satu tumbler warna oren. lalu Syg pun berbisik. cakap lah dengan ibu pilih mana dia nak. ok. aku  pun sampaikanlah salam kat telinga ibu suruh pilih mana yang dia berkenan. terus dia pilih warna oren harga pun boleh tahan oren jugak la mata kalau tengok. amik kau kena ketuk tumbler mahal. hish. ibu.. ibu.. nak amik hati bakal mak mertua lettew~

dan ibu pun suka lah dengan tumbler baru dia tu. dalam pada masa yang sama aku pun dapat tumbler jugak. Syg bagi. alolo sweet...

alolo sweet nya tumbler yang aku dapat ni dari orang yang sweet sangat! thanks Syg! tak pakai lagi tumbler ni ok, tapi ibu yang dah rasmikan dulu. marah betul kat ibu dapat tau die da rasmikan tumbler ni lepastu die terus taubat tak nak pakai lagi dah. tapi tumbler ni tak se'oren' tumbler yang ibu dapat tu. hahaha! 

Thursday, March 1, 2012

Tomato Toto

siapa tau kebaikan dan kebagusan buah tomato???
ye! buah tomato yang mak korang slalu masukkan dalam asam pedas tu..
ye! buah tomato yang sangat masam tu. eh takde la masam sangat pun.
ye! buah tomato yang color oren menyala tu kalau gi pasar pasti tertarik dengan warna oren dia tuu..

tomato ni bagus tau.. sumpah tak tipu.. sangat bagus untuk kulit anda semua.. sebenarnye nak promote recipe air tomato yang sangat sedap dan cara penjagaan kulit menggunakan buah tomato je..

ok ok ok ok ok!
kita mulakan dengan tomato dan kulit.. bukan kulit tomato tau, maksud kita buah tomato untuk kulit manusia... betul tak ayat ni? pape jelah asalkan korang paham ape yang nak disampaikan ni ok?

TOMATO! menurut sumber yang tak tau lah boleh dipercayai ke tak eh.. tomato ni kalau kita makan dalam kuantiti yang banyak, boleh meng'improve' tekstur kulit kita tau? Ia juga bagus untuk sel darah merah. tapi lagi bagus kalau kalian membedal tomato ni tanpa dimasak. hal ini demikian kerana tomato ni macam tembikai jugak laa... banyak air dalam dia, so tak payah susah susah makan tomato dengan air. sesungguhnya air dalam buah tomato tu sangat sedap dan juicy. tomato juga boleh mengekalkan keremajaan kulit kalian ya. siapa yang sangat mementingkan penjagaan kulit tu, amalkan la tiap malam tenyeh buah tomato kat satu muka. agak agak muka dah macam buah tomato tu, biarkan dia meresap ke dalam epidermis kulit anda. kalau rasa muka tu dah melekit dek kering buah tomato tu, boleh terus cuci dan jangan lupa basuh kaki sekali sebab nak suruh korang terus tido. kalau dah tenyeh buah tomato kat muka, lepas tu ada hati nak keluar rumah konon nak gi RedBox ke gi makan ke baik tak payah tenyeh! bazir kudrat je tenyeh kat muka. ingat kulit kita pun nak tidur jugak. so lepas tenyeh boleh terus tidur ye? jangan dok gataii nak gi RedBox ke gi jumpa boifren ke ye? as simple as ABC.. gitew~

Nutrien penting dalam buah tomato ni punyaaa lah banyak! ha kau! banyak ok! nak tau? baca bawah ni
* Vitamin A
* Vitamin B
* Vitamin C
* Vitamin K
* Calcium
* Iron
* Phosphorus
* Potassium
* Protein
* Calories
haa amik kau.. banyak kan nutrient tomato ni? punya lah dahsyat.. padahal buah tomato je pun yang kaler merah oren tu, tapi Vitamin dalam tomato ni haih... sikit abis!

bagi sesiapa yang muka tak berapa nak cantik tu.. eh bukan tak cantik yang huduh laa... tak cantik yang mengalami masalah kulit itu je.. boleh la amalkan memakan dan menenyeh buah tomato ye.. cara cara dah tunjuk dah kat atas.. haa apa lagi, tak salah kalau nak cuba. mana tau berkesan? ye dak? lepastu amik la gambo sebelum dan selepas mengamalkan tenyehan tomato tu ye. oh lagi satu kalau kalian malas nak tenyeh tiap malam kan. kita ada satu produk untuk kulit diterbangkan khas dari luar negara.. giteww... haa nama produk ni Skin Food.. produk ni pun kakak saya yang recommend kat saya. kalau pegi kedai Skin Food tu korang boleh cari produk berasaskan buah tomato... haaa.... cari la ye. sila cari.. bagus jugak la sebab kita pun pakai jugak benda alah tu.. ni tengah tunggu result nak tengok acane pegi die kulit kita lepas pakai tomato itu.

okay, selesai dengan penjagaan kulit dan khasiat tomato, sekarang saya nak mengshare recipe dengan kalian semua! seronok tak bunyi? bodoh.. haha! 

recipe ni kita try out sendiri setelah mencuba air yang dinamakan 'tomato toto' dekat Roost. orang johor tau lah kot mana Roost tu. haih, air ni sangat laa sedap dan sedap boleh telan sampai terkencing ok. hish.. ni yang rasa nak pergi lunch kat Roost ni sambil meneguk air tomato toto.. ok ok cut the crap Jia!

bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air tomato toto adalah, tomato, mcm biasalah kan sebab tomato merupakan topik utama, plain yoghurt, gula or sugar, air dan ice cube.
cara caranya... potong buah tomato kepada 4 bahagian supaya senang nanti engko nak blend, then masukkan dalam blender pitcher masing masing. make sure blender tu untuk buah buahan saja ye, jangan pakai mak korang punya yang dibuat blend cili padi bagai... hasilnya memang berapi lah kan.. ok lepas masukkan tomato, masukkan yoghurt, gula secukup rasa tapi jangan manis sangat la ye nanti potong kaki pulak rasa dia dah tak feel, letak air sikit je sebab dah bagitau tadi tomato ni memang juicy tak perlukan banyak air, dan masukkan ice cube secawan. ok ? lepastu boleh tekan switch dan tengok la buah tomato tersebut dikisar kisar ye? agak agak dah hancur semua korang boleh lah serve untuk diri sendiri.. letak la bunga bunga bagai kalau nak hidang kat boifren masing masing ye? konon menarik la kan.. selamat mencuba!


kecur pulak tengok tomato ni.. ni yang rasa nak pergi Tesco ni borong tomato.. haish... nafsu.. nafsu...

Tuesday, February 28, 2012

La Senza Pentipu!

bought a piece of bra kat La Senza JPO... harga kat situ die letak RM139 and ada less 10%... beli lah sebab nak habiskan masa lapang. Eh!

dah sedap pakai, pastu amik la price tag dia.. tangan pulak masa tu gatal sangat, jadi kopek la sticker harga tu...
surprised gila bila tengok harga betul dia berjumlah...
jeng jeng jeng!
RM129 je!

fuck! kena tipu!

nak tengok bukti?


haa kan kena tipu... cibet punya LaSenza!
hish... tapi suruh Syg mintak refund balik...*boleh eh dah sedap pakai mintak refund*
dia cakap yang i beli tu memang harga RM139 pun.... 
humph... nasib baik ada 10% discount!


Azimat Penguat Semangat

pergh! title blog macam beriye sangat lah kan... Azimat Penguat Semangat... hihi... ooops tak leh gelak sangat nanti ada orang salah paham... bila tengok gambar kat bawah bawah ni la jadi azimat penguat semangat i... 

bukan  saya bukan pakai tangkal azimat ke hape... tapi ni laa tangkal saya. bila rindu, tengok gambar ni... bila sedih tengok gambar ni... haih... angau angau...

haa cepat scroll bawah kalau nak tengok tangkal azimat itu..











Sup Lidah Anyone?

Kenapa ramai orang geli bila dengar Sup Lidah? sedap ok! korang patut try keanjalan dan kekenyalan lidah lembu tersebut.. sumpah sedap tak tipu..

kite dari kecil kecil cili padi ayah kite ajar makan sup lidah.. dulu ayah slalu bawak makan sup lidah kat sungai segget atau lebih dikenali sebagai hardrock cafe gitew~

sedap sangat sup ni lagi lagi bila cicah dengan french loaf.. fuhh nikmat tak terhingga.. bila mengunyah lidah lidah lembu tersebut, anda akan nikmati kekenyalan lidah anda sendiri...eh! tiba tiba.. tak! tak! kite tak suruh awak gigit lidah awak sendiri..kite suruh awak gigit lidah lembu je...


haa kau punya lah asyik makan sup lidah sampai terbeliak biji mata..
lai lai try sup ni boleh didapati di Meldrum Walk, sebelah City Square, blakang kedai jual DVD hagham... hihihi

Sweet Tooth


Selesai menghabiskan duit di JPO... nampak satu kedai jual chocolatesss... Memang mengundang laa... lalu ternampak chocolate ini... dan terus belikan untuk Sayang... mengambil masa beberapa hari untuk dia makan chocolate ni... sayang sangat nak makan,tak sampai hati...





Uhuk! Uhuk!

kalau sakit tekak atau mengalami batuk yang teruk, minumlah Nagato air asam jawa yang sejuk lagi dingin dan sesuai untuk menggaru tekak anda yang gatal itu!

Meet SunShine!

Yeay! sayang fetch me from workplace sebab dia cuti :)
Jam dah menunjukkan pukul 11 so ape lagi caleb-bot cabot la balik rumah kan.

*masuk dalam kereta*

Sayang: Baby, tolong letakkan cat food kat blakang.
Me: *dgn rasa pelik pun bertanya* kenapa sayang nak letak belakang?
Sayang: Sebab ada bau la nanti
Me: Yeke ade bau? *buat muka pelik dan seperti menghidu sesuatu*
Sayang: Alaa tolong la letakkan kat belakang...
Me: Okay... *sambil berjalan ke belakang kereta dan seperti tau akan dapat sesuatu..Mihmihmih*

*bukak boot belakang then nampak plastic LovelyLace besar gabak kat dalam ada TeddyBear besar*

Me: *sambil menjerit ke seat depan* Tauuu!!! Baby tau sayang ada surprise untuk baby!
Sayang: *muka gedik sambil tersengih* Suka tak?
Me: Suka!!! *sambil hug teddy bear baru tu*

Hihihi... dapat teddybear baru! nama dia SunShine!
tiap malam buat bantal peluk unless kalau tak tido kat rumah laa, takkan nak bawak kehulu hilir dengan SunShine Pulookkk

Oh My...

Oh My!!!
tak tau macam mana nak mulakan blog ni...
nak blog sebab ada orang email me dia cakap dia suka blog kite!
okay... sebenarnya idea datang mencurah curah macam cendawan baru tumbuh(tak de kena mengena)
tapi memandangkan dah lama tak ada bokben kat rumah ni makanya tak berasap lah blog kite ni...

ni skarang tengah bako nak mengasap blog balik... haih...

Thursday, January 5, 2012

You Are Not A 'Boomerang"

When someone is willing to throw your love away without a care in the world, and then promptly tries to assume the relationship that they had with you like nothing ever happened, something is wrong, and chances are it would be a bad idea in accepting them as a relationship partner again. As this passage states, no one should be treated as a boomerang that can be tossed away and accepted back into someone's hands when they feel as though they are ready. 

Wednesday, December 7, 2011

Top-a-holic

Hari yang menguasai kami berdua! Yeay! Sangat sangat penat sebab pergi Tebrau City teman Sayang berbelanja sakan.. Pilih baju macam wanita... Harus yang cantik dan wajib keliling satu kedai selama satu jam..hehe..jangan mara nanti cepat jadi Clown sebab stress.


then, pergi ke Cs sebab nak tengok movie. First time tengok movie dengan sayang.. Sedih kan.. Beli tiket movie cerita In Time.. alaa yang cerita ada jam kat lengan dorang tu, boleh transfer masa macam duit dah kau transfer bagai..ok merepek dah.. kami pun bergegas pergi Nandos sebab dah tahap kebulur dah ni..


haish... Jam baru... Baju baru... Jacket baru... Gf baru...eh... silap!


boring lettew tunggu makanan tak sampai lagi...


Oh BabyDoll sangat chomel! nak picit picit je muka dia...
kenapa chomel sangat ni... 
Ps: Sayang kalau baca jangan muntah please

Hey Big Spender!

Hey Budak Spender!!!

Hahaha! tengok ni sape ni yang kuat berbelanja macam perempuan..boros...ish ish ish... 
terkejut tengok dia spending like a girl. boros hokey! 



Love you Sayang!

Halloween At TGIF

Oh no Oh no.sangat lapar kalau post pasal ni mesti lagi bertambah lapar...haishh...
yeay!dapat pay teruuus pergi TGIF...nak celebrate katanya kan.celebrate sebab Sayang promoted to the next level dengan celebrate our relationship yang dah 2 tahun. HewHewHew...

okay ni gambar suruh brada kat sana amikkan.. a bit blur.. tangan tak bedung eh abang? dan menyambil menunggu makanan yang enak enak belaka dan mahal mahal belaka.. nyummayh


hah kau... sedap kan... cepat cakap sedap.. terliur tengok gambar... belum depan mata... hish dah la tengah musim sejuk ni memang cepat laa perut lapar kan.. duh duh duh...

dan selepas itew,kami pun bercamwhoring lah seperti biasa...



sekian... untuk hari ini.. lama gila kau tak update blog. skali update cerita yang dah berlapuk dah..ish ish ish














Tuesday, November 29, 2011

You had me from Hello...

two years two months ago
29th Sep 2009
its begin with this photo, place and the peoples in it and my sayang was there too!!!
sampai je open house rumah muizz ni, turun kereta jumpa la semua orang kan...paling bising skali is Milo...haih..pastu aku pun cakap laa gaji dah masuk siap dah habiskan duit bagai...

naik atas,jumpa tuan rumah encik muizz...eh lupa nak cakap style rumah muizz ni macam townhouse yang 2tingkat gitu haa...so naik la atas beramai ramai dengan kakbin,anaz,milo,shahir and Sayang...eh tapi mase tu belum sayang sayang lagi tau...blum kenal lagi...

masuk rumah jumpa la dengan semua partner starbucks kan huha huha sana sini...pastu milo ajak amik makanan...haa kau milo ni memang mulut bising abis semua orang die nak tegur..dan die pun tegur la my sayang...
"lesung pipit 2 inci dalam wookk"
aku cuma tergelak jela sambil menjeling tengok betul ke lesung pipit dia 2 inci sangat? haha! aku pun meneruskan misi mengambil nasi ayam penyet kat atas meja tu... okay.. ni first time aku kenal dengan nasi ayam penyet... selama ni aku tak tau pun ape bende makanan itu...sebab seram dengar nama die yang penyet penyet tu haa kan... aku pun melahap laa dekat satu soft seating kat rumah muizz tu...

kenapa aku sombong?haa jangan tanye kenapa sebab die yang sombong dulu dengan aku...masa die baru jadi pertner aku slalu jugak lepak kat j.co. kadang ternampak jugak laa die slide kat luar. tapi macam kewujudan aku tak memberi petanda langsung pada dia.. gitu kaw... makanya masa kat rumah muizz tu aku pun tak layan die lah sebab die yang sombong sangat kan..ha padan muka kau! tuih..

selesai makan aku tiba tiba migrain pulak dah...haishh.. potong betul laa...aku pun lepak la dekat soft seating tu terbaring baring sebab sakit kepala yang teramat... aku pun terlihat kelibat dia datang berbual dengan mamat... sibuk dok cerita pasal jam kat lido lah,kene parking kat bbu lah,kene naik bas laa...aku pun macam malas nak layan kan...dengar kan jela cerita dorang semua tuh.. aku tak prasan pulak yang sejak dari amik makanan dia asik tengok aku je kan...sampai dia cakap tak nampak orang lain lagi dah, nampak aku sorang je masa tu...aku terpikir balik...aku kat rumah muizz ke rumah hantu???

adeyh..kepala dah berdenyut dah ni... aku pun dah tak tahan dah... aku pun decide nak balik...angkut kakbin skali... baik hati betul siap hantarkan sampai bawah okay walaupun tak bertegur... haha! aku balik dengan anaz iaitu abang dia sendiri...sampai kat kereta dah bye bye dengan milo semua. tiba tiba dia terpacul kat tingkap driver berbual dengan abang die...die tanya abang dia malam ni balik kulai or taman u... macam tu lah bunyi die aku tak berapa ingat...tapi sempat lagi tu menjeling kat aku...aku buat bodoh jela disebabkan migrain yang melanda kepala ni dah nyut nyut nyut...




Sunday, November 27, 2011

Shake Shake Shaking!

menggigil...tubuh ini... ewah dah macam lagu tomok pulak dah...
yes. saya sangat menggigil sebab dah lama tak blogging...
dan menggigil jugak bila terbaca entry yang lelame dulu tuh..haa...u know wak amin la kan...

haish....

susah betul nak type time menggigil ni...

harap maaf system sangat menggigil buat masa sekarang...
bila keadaan mengizinkan, saya sambung balik...

Tuesday, October 11, 2011

Remains...

Just because a relationship is over, doesn't mean the feelings are.  Its still there. Remains.

Saturday, October 8, 2011

Meninggalkan Dia

Aku tinggalkan dia... bukan kerana orang ketiga... tapi dia yang mahukan ini berakhir... pulang rantai... pulang cincin... tak bertoleh muka... apakah? selama ni aku hanya hidup untuk diri dia... selama 7 tahun aku tak pernah merasa hidup untuk diri sendiri... kemana saja dia pergi, aku ikutkan... ke tempat yang tidak elok... dan tempat yang tak patut aku berada... dulu pernah aku berkata bahawa aku takkan selamanya dengannya kalau begini perangainya... oleh kerana setiap pergaduhan yang kami lewati sering berakhir dengan senyuman tapi kini tidak lagi... aku nekad berdiri demi untuk diri aku sendiri... aku dihalang untuk mengejar cita cita ku... kini... aku sudah bisa hidup sendiri tanpanya di sisi... sendiri aku pergi... kau kata kau takkan menjilat ludah kau... begitu juga aku... kini aku sendiri mengejar cita cita ku yang telah lama terkubur... berjuang untuk cita cita ku... semoga kau berbahagia di samping orang yang baru kau temui... jangan ulangi kesilapan dahulu... kita sama sama telah belajar dari kesilapan yang sama...

Friday, October 7, 2011

Danial & Jia Chomel!

alololorh... chomel gila Danial gedik nih.... notty notty smart boy! ini lah anak buah Mapah...
Cute gila amik gambar gedik nak mati...hishh...geram!!!

Thursday, October 6, 2011

Check Out My New Ride

Yeayy!!! saya ada kereta baru! no! kereta idaman... eh macam lelaki idaman pula ye. tapi saya memang suka gila okeh kereta ni.. kenapa lah mahal sangat kereta kecik ni... beli yang recond, baru 150k... harus berusaha gigih kumpul duit beli ini.. haihh

Wee! kemain seronok saya tau amik gambar


suka! suka! suka!
mau! mau! mau!
 ada gaya gadis litar tak dengan fanafanonononot nih?haaa...letopsss kau.. nervous akak!

Sunday, September 25, 2011

Unsangkarable

ok.aku tak sangka ok...sangat tak sangka sebab entah la kenapa pun aku tak begitu pasti ape yang sangat aku tak menyangkakan ini semua.

aku bukan nak lukakan hati orang..tapi aku belum sangka apa yang aku nak sangkakan...
macam benda yang tak disangka tidak dapat kita nak menjangkakan semuanya...

aku pun belum jangka apakah ini semua jangkaan belaka atau sebaliknya..
ah!inilah rasanya bila diri ini mengalami perasaan unsangkarable sebegini

dahlah..aku taknak blog aku ni menjadi post yang sangat sangkarable...
sekian saja untuk tajuk sangkarable tika saat ini...

*sesungguhnya aku sedang bermonolog di dunia tidak nyata*

Wednesday, September 21, 2011

Boboi Pakai Payung *Gedik*

tadi balik kerja je naik atas masuk bilik tengok budak ni dah terbaring cenggini dengan mata menjeling tajam.. punya lahh gedik.. konon kau intan payung lah boboi ye? patut la cari kat luar takde! kat sini rupanye die menggedik.. lantas tangan terus snap si gedik nih

Tuesday, September 20, 2011

Oh Demam Lagi!

Selepas 3 hari demam tak surut surut... dengan badan pun menggigil gigil...ape ke tebiat kan orang tengah panas berlengas aku sorang yang menggigil gigil... then, decided to go to the hospital... tunggu doctor panggil masuk sikit punye lama..doctor pun tanya kenapa muka awak merah sangat nii??? eh doctor kan doctor, cepat lah check saya yang shaking macam pencil shaker nih. check punya check, doctor masukkan ubat kat buttock. uuuwww...sejuk! die suruh nurse pulak cucuk cucuk kat tangan...humph aku rasa perempuan tu nurse baru la sebab cucuk tangan aku sampai melimpah limpah darah aku..dah terbazir darah aku sikit.eh bukan sikit tapi banyak!
okay..kene masuk air..1jam je dah kering! nampak sangat I ni HOT!
terbaring kat luar bilik sambil tunggu dapat bed..bed dah ada, cuma tak boleh masuk..gitu eh?

okeh,da dapat bed dah naik bed dah...first time naik wheelchair n admitted.mula mula excited jugak la kan dapat masuk ward.tapi tapi tapi...ingat best sangat??? tapi best la sebab dapat bilik yang sangattt cozy siap ade tv lagi depan bed.huh.melantak lah kau tengok tv sorang sorang.


haa...cenggini ha die cucuk...kat tepi sebab cari urat kat depan tak jumpa...punya lah payah nak pegi toilet kene bawak tiang bodoh tu, dengan nak control tangan tak bole nak mengelibas sangat.


 okay..dipaksa amik gambar untuk mms kepada orang tersayang...



ni saya punya lunch...chomel je hospital ni sebab siap ada menu okay breakfast nak makan apa...lunch nak makan apa...tea time nak makan apa...dinner nak makan apa...tapi gigi saya sangat sakit so tak boleh nak makan...rasa macam sial sangat! dah la demam pastu tak boleh makan. saya rasa saya demam pun sebab gigi baru tumbuh.. :(


yeay!!! muka sakit!!! bengkak gila kan muka... dah la boring...tak boleh gerak mana mana...nak kene bawak tiang gi toilet...asyik baring kat bed ngadap tv.boring,tido.tak boring,bangun..kerja aku kat sana baring, tido,makan,kencing,makan ubat,tengok tv...mati macam ni...aku pun tak paham macam mana orang yang boleh tahan lama dalam hospital tu...doctor masa first day datang bed je aku dah tanya 'doctor, petang ni saya dah boleh balik kan???' dengan muka chomel harapan doc discharge aku haritu jugak. "tak boleh,awak belum sihat lagi ni,awak boleh balik esok" dengan lantasnye aku menjawab "pukul berapa???" hahaha! sumpah boring sial duduk dalam tu


bertuah betul dapat kawan cenggini..sanggup datang jenguk aku yang bosan tau.. siap amik gambar upload lagi kat fb..malu sayeeeee! thank you padhie,mien,ain!!! sayang korang extra miles! haha


owh muka bengkak...kepada sape sape yang sakit tu,tak yah duduk hospital lelama.ingat best sangat ke? 
TAK BEST LANGSUNG!!!
OKEBAI!