Wednesday, March 7, 2012

Bantu Membantu Amalan Mulia

gitu kau title murni sungguh niat di hati kan, amalan mulia bagai. tapi betul la kalau dulu masa primary school memang cikgu ajar ayat ni ok. memang sifat terpuji bagi sesiapa yang mengamalkan sikap bantu  membantu ini ye teman teman. hari cuti, biasanya aku akan merenggangkan tulang belulang atas tilam je. tapi tanggungjawab lain sebagai seorang Gf kena lah jemput Syg pulang kerja. tak jemput sangat la sebab drive kereta masing masing. aku pun menghidupkan enjin kereta 1000cc menuju ke JPO. sesampainya di sana, terus park kereta dan masuk dalam jumpa Syg. dia suruh aku komplot konon nak gi tengok movie, padahal nak balik awal sebab nak pergi beli dominos pizza one three hundred triple 8 triple 3.. ha kau, siap keluar nombor hotline lagi. agak agak lapar nak makan domino sila view blog ni sebab dah ada nombor hotline domino. dah merepek dah dia ni... 

alolo rajinnya muka dia control handsome kena snap... ni lah kerja aku kalau boring tunggu Syg abis kerja. ni bawah bawah ni lagi banyak gambar yang boleh buat kalian muntah hijau macam shrek.
dah sangat bosan dah perempuan gedik ni. dan ni lah hasilnya apabila kegedikan melanda dikala kebosanan...

tunggu Syg siapkan paperwork, kami pun terus blah cepat cepat. hihihi. destinasi seterusnya adalah domino!!! weehoo!!! sesampainya di sana, kami pun mengorder di kaunter, tapi kat situ banyak binatang yang menjengkelkan dan kami hanya akan makan di rumah je... rumah Syg..
siap tapaw, kami pun pulang ke Taman Cantik Jalan Ayu... alolorh chomel je nama taman rumah Syg. dah lah Cantik,Ayu pulak tu.

Masuk je rumah, tengok parents Syg sedang sibuk mengemas rumah.. haih.. tak senang duduk aku. tanya Umi nak tolong apa, tapi dia cakap takde benda nak tolong. lagiiii lah awkward sebab hanya mampu kumelihat gelagat mereka mengemas rumah.. ish... segan... segan... segan...
selesai je makan, kami pun tak tau dah nak buat apa selain melihat gelagat Umi berceloteh pasal 1Malaysia..hihi.. Ami pulak tak sudah sudah mengepel lantai... ish... tak selesa lah camni... mata aku pun melilau nak cari kerja and yeay! jumpa pun kerja... kerja nya adalahh....
jeng!jeng!jeng!
 MENYAMPUL CUSHION!!!
haa mencabar tak kerja aku? sampul cushion je... feeling raya gitu... haa.. tapi Syg pun nak dok nyibuk sampul cushion jugak. sibuk je Syg ni...
 baru 1 cushion dia sampul dah tercabut zip tu.. nampak sangat tak pernah membantu sampul cushion ni kan Syg kan....
ha! dah cuak lah tu sebab rosakkan zip. nasib baik akak ni ade selamatkan sarung cushion tu daripada jahanam..hish hish hish....chomel je muka kan ketap ketap mulut gitu

Friday, March 2, 2012

Sweet Lah!

Hari yang amat membosankan bagi kami sekeluarga. dan dan dan... kami pun decide untuk pergi ke JPO. Ye, JPO yang kalau pergi sana confirm rambang mata semua kedai nak masuk! eh tak, bukan semua orang macam tu, aku sorang je... orang jakun biasa lah kan. lalu, kami pun siap anak beranak nak ke JPO tu ha. lagipun ibu nak pergi sana sangat sebab dia tak pernah sampai sana.. aku ni tak payah tanya lah kan kalau dah orang yang kusayang sayang memang kerja kat sana pun.. saje je bawak ibu jalan jalan kot kot mana tau dia berkenan ke dengan bembarang kat situ, aku pun tak de belikan ibu apa apa lagi tahun ni. amat bagus lah ya bawa ibu anda berjalan sebab nak suruh tolong habiskan duit anak dia ni.

tapi, tak nak bagitau kat Syg pun yang nak pergi sana sebab cakap dengan dia nak pergi tempat lain. hihihi.. alaah, dia pun mesti dah biasa kena terkejut beruk dengan kehadiran aku secara tiba tiba eh? lalu menunjukkan ekspresi muka gedik tahap boboi bila nampak aku datang.

setibanya kami di sana, kami pun berjalan jalan melewati kedai kedai mahal nak mati yang kat area bawah tu. aku jalan dengan kakbin while ibu kami tinggalkan di belakang dan ini hasilnya...

haduii.. ade ke amik gambar belakang. haihh.. amik la gambar dari depan..
dan kami pun berposing posing layankan ibu amik gambar dari pelbagai sudutsss. kena ada huruf 'S' sebab banyak sudut diambilnya. ok kedai kat bawah semua tak mampu nak masuk. segan sebab duit ciput je kan. kami pun naik lah level atas yang kebanyakan kedainya amatlah berpatutan. bak cogankata Kamdar 'Memang Berbaloi'. tarik ibu pergi kedai Fossil sebab niat di hati memang nak belanja dia purse baru. pilih punya pilih, ibu pun berkenan kat satu purse ni. tapi aku cakap jom lah jalan kat semua kedai survey dulu, mana tau nanti dah beli, masuk kedai lain minat yang lain pulok dah. takkan nak beli 2 kot? haihh.. memang bankrupsi aku kalau begitu jadinya. kami pun masuk la kedai lain lain lagi. dan ibu pun dah make up her mind nak yang kat Fossil tu jugak. ok.. kami berpatah balik dan terus grab n go purse yang dia nak tu setelah meneliti satu per satu. pulok dah, kakbin nak beli bag jugak. haih. aku paling malas tunggu kakbin beli barang. jenuh nak nunggunya. macam tunggu Syg pilih barang. kalah perempuan cerewet. haha!

dah, malas nak layan kakbin. kami pun menuju ke Starbucks dengan harapan dapat memeranjatkan insan tersayang yang sedang bekerja tu ha. aku dan ibu pun pergi la masuk kedai kopi berjenama antarabangsa itu dan TADAAA!!!

kelihatan muka gedik mamancor mancor pabila terlihat aku di dalam kedai itu.haha! ayat macam nak karang novel Ombak Rindu. sial lah. ibu pun membelek belek lagi tumbler yang tersusun indah kat merchandise wall dan tertarik pada satu tumbler warna oren. lalu Syg pun berbisik. cakap lah dengan ibu pilih mana dia nak. ok. aku  pun sampaikanlah salam kat telinga ibu suruh pilih mana yang dia berkenan. terus dia pilih warna oren harga pun boleh tahan oren jugak la mata kalau tengok. amik kau kena ketuk tumbler mahal. hish. ibu.. ibu.. nak amik hati bakal mak mertua lettew~

dan ibu pun suka lah dengan tumbler baru dia tu. dalam pada masa yang sama aku pun dapat tumbler jugak. Syg bagi. alolo sweet...

alolo sweet nya tumbler yang aku dapat ni dari orang yang sweet sangat! thanks Syg! tak pakai lagi tumbler ni ok, tapi ibu yang dah rasmikan dulu. marah betul kat ibu dapat tau die da rasmikan tumbler ni lepastu die terus taubat tak nak pakai lagi dah. tapi tumbler ni tak se'oren' tumbler yang ibu dapat tu. hahaha! 

Thursday, March 1, 2012

Tomato Toto

siapa tau kebaikan dan kebagusan buah tomato???
ye! buah tomato yang mak korang slalu masukkan dalam asam pedas tu..
ye! buah tomato yang sangat masam tu. eh takde la masam sangat pun.
ye! buah tomato yang color oren menyala tu kalau gi pasar pasti tertarik dengan warna oren dia tuu..

tomato ni bagus tau.. sumpah tak tipu.. sangat bagus untuk kulit anda semua.. sebenarnye nak promote recipe air tomato yang sangat sedap dan cara penjagaan kulit menggunakan buah tomato je..

ok ok ok ok ok!
kita mulakan dengan tomato dan kulit.. bukan kulit tomato tau, maksud kita buah tomato untuk kulit manusia... betul tak ayat ni? pape jelah asalkan korang paham ape yang nak disampaikan ni ok?

TOMATO! menurut sumber yang tak tau lah boleh dipercayai ke tak eh.. tomato ni kalau kita makan dalam kuantiti yang banyak, boleh meng'improve' tekstur kulit kita tau? Ia juga bagus untuk sel darah merah. tapi lagi bagus kalau kalian membedal tomato ni tanpa dimasak. hal ini demikian kerana tomato ni macam tembikai jugak laa... banyak air dalam dia, so tak payah susah susah makan tomato dengan air. sesungguhnya air dalam buah tomato tu sangat sedap dan juicy. tomato juga boleh mengekalkan keremajaan kulit kalian ya. siapa yang sangat mementingkan penjagaan kulit tu, amalkan la tiap malam tenyeh buah tomato kat satu muka. agak agak muka dah macam buah tomato tu, biarkan dia meresap ke dalam epidermis kulit anda. kalau rasa muka tu dah melekit dek kering buah tomato tu, boleh terus cuci dan jangan lupa basuh kaki sekali sebab nak suruh korang terus tido. kalau dah tenyeh buah tomato kat muka, lepas tu ada hati nak keluar rumah konon nak gi RedBox ke gi makan ke baik tak payah tenyeh! bazir kudrat je tenyeh kat muka. ingat kulit kita pun nak tidur jugak. so lepas tenyeh boleh terus tidur ye? jangan dok gataii nak gi RedBox ke gi jumpa boifren ke ye? as simple as ABC.. gitew~

Nutrien penting dalam buah tomato ni punyaaa lah banyak! ha kau! banyak ok! nak tau? baca bawah ni
* Vitamin A
* Vitamin B
* Vitamin C
* Vitamin K
* Calcium
* Iron
* Phosphorus
* Potassium
* Protein
* Calories
haa amik kau.. banyak kan nutrient tomato ni? punya lah dahsyat.. padahal buah tomato je pun yang kaler merah oren tu, tapi Vitamin dalam tomato ni haih... sikit abis!

bagi sesiapa yang muka tak berapa nak cantik tu.. eh bukan tak cantik yang huduh laa... tak cantik yang mengalami masalah kulit itu je.. boleh la amalkan memakan dan menenyeh buah tomato ye.. cara cara dah tunjuk dah kat atas.. haa apa lagi, tak salah kalau nak cuba. mana tau berkesan? ye dak? lepastu amik la gambo sebelum dan selepas mengamalkan tenyehan tomato tu ye. oh lagi satu kalau kalian malas nak tenyeh tiap malam kan. kita ada satu produk untuk kulit diterbangkan khas dari luar negara.. giteww... haa nama produk ni Skin Food.. produk ni pun kakak saya yang recommend kat saya. kalau pegi kedai Skin Food tu korang boleh cari produk berasaskan buah tomato... haaa.... cari la ye. sila cari.. bagus jugak la sebab kita pun pakai jugak benda alah tu.. ni tengah tunggu result nak tengok acane pegi die kulit kita lepas pakai tomato itu.

okay, selesai dengan penjagaan kulit dan khasiat tomato, sekarang saya nak mengshare recipe dengan kalian semua! seronok tak bunyi? bodoh.. haha! 

recipe ni kita try out sendiri setelah mencuba air yang dinamakan 'tomato toto' dekat Roost. orang johor tau lah kot mana Roost tu. haih, air ni sangat laa sedap dan sedap boleh telan sampai terkencing ok. hish.. ni yang rasa nak pergi lunch kat Roost ni sambil meneguk air tomato toto.. ok ok cut the crap Jia!

bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air tomato toto adalah, tomato, mcm biasalah kan sebab tomato merupakan topik utama, plain yoghurt, gula or sugar, air dan ice cube.
cara caranya... potong buah tomato kepada 4 bahagian supaya senang nanti engko nak blend, then masukkan dalam blender pitcher masing masing. make sure blender tu untuk buah buahan saja ye, jangan pakai mak korang punya yang dibuat blend cili padi bagai... hasilnya memang berapi lah kan.. ok lepas masukkan tomato, masukkan yoghurt, gula secukup rasa tapi jangan manis sangat la ye nanti potong kaki pulak rasa dia dah tak feel, letak air sikit je sebab dah bagitau tadi tomato ni memang juicy tak perlukan banyak air, dan masukkan ice cube secawan. ok ? lepastu boleh tekan switch dan tengok la buah tomato tersebut dikisar kisar ye? agak agak dah hancur semua korang boleh lah serve untuk diri sendiri.. letak la bunga bunga bagai kalau nak hidang kat boifren masing masing ye? konon menarik la kan.. selamat mencuba!


kecur pulak tengok tomato ni.. ni yang rasa nak pergi Tesco ni borong tomato.. haish... nafsu.. nafsu...