Thursday, March 1, 2012

Tomato Toto

siapa tau kebaikan dan kebagusan buah tomato???
ye! buah tomato yang mak korang slalu masukkan dalam asam pedas tu..
ye! buah tomato yang sangat masam tu. eh takde la masam sangat pun.
ye! buah tomato yang color oren menyala tu kalau gi pasar pasti tertarik dengan warna oren dia tuu..

tomato ni bagus tau.. sumpah tak tipu.. sangat bagus untuk kulit anda semua.. sebenarnye nak promote recipe air tomato yang sangat sedap dan cara penjagaan kulit menggunakan buah tomato je..

ok ok ok ok ok!
kita mulakan dengan tomato dan kulit.. bukan kulit tomato tau, maksud kita buah tomato untuk kulit manusia... betul tak ayat ni? pape jelah asalkan korang paham ape yang nak disampaikan ni ok?

TOMATO! menurut sumber yang tak tau lah boleh dipercayai ke tak eh.. tomato ni kalau kita makan dalam kuantiti yang banyak, boleh meng'improve' tekstur kulit kita tau? Ia juga bagus untuk sel darah merah. tapi lagi bagus kalau kalian membedal tomato ni tanpa dimasak. hal ini demikian kerana tomato ni macam tembikai jugak laa... banyak air dalam dia, so tak payah susah susah makan tomato dengan air. sesungguhnya air dalam buah tomato tu sangat sedap dan juicy. tomato juga boleh mengekalkan keremajaan kulit kalian ya. siapa yang sangat mementingkan penjagaan kulit tu, amalkan la tiap malam tenyeh buah tomato kat satu muka. agak agak muka dah macam buah tomato tu, biarkan dia meresap ke dalam epidermis kulit anda. kalau rasa muka tu dah melekit dek kering buah tomato tu, boleh terus cuci dan jangan lupa basuh kaki sekali sebab nak suruh korang terus tido. kalau dah tenyeh buah tomato kat muka, lepas tu ada hati nak keluar rumah konon nak gi RedBox ke gi makan ke baik tak payah tenyeh! bazir kudrat je tenyeh kat muka. ingat kulit kita pun nak tidur jugak. so lepas tenyeh boleh terus tidur ye? jangan dok gataii nak gi RedBox ke gi jumpa boifren ke ye? as simple as ABC.. gitew~

Nutrien penting dalam buah tomato ni punyaaa lah banyak! ha kau! banyak ok! nak tau? baca bawah ni
* Vitamin A
* Vitamin B
* Vitamin C
* Vitamin K
* Calcium
* Iron
* Phosphorus
* Potassium
* Protein
* Calories
haa amik kau.. banyak kan nutrient tomato ni? punya lah dahsyat.. padahal buah tomato je pun yang kaler merah oren tu, tapi Vitamin dalam tomato ni haih... sikit abis!

bagi sesiapa yang muka tak berapa nak cantik tu.. eh bukan tak cantik yang huduh laa... tak cantik yang mengalami masalah kulit itu je.. boleh la amalkan memakan dan menenyeh buah tomato ye.. cara cara dah tunjuk dah kat atas.. haa apa lagi, tak salah kalau nak cuba. mana tau berkesan? ye dak? lepastu amik la gambo sebelum dan selepas mengamalkan tenyehan tomato tu ye. oh lagi satu kalau kalian malas nak tenyeh tiap malam kan. kita ada satu produk untuk kulit diterbangkan khas dari luar negara.. giteww... haa nama produk ni Skin Food.. produk ni pun kakak saya yang recommend kat saya. kalau pegi kedai Skin Food tu korang boleh cari produk berasaskan buah tomato... haaa.... cari la ye. sila cari.. bagus jugak la sebab kita pun pakai jugak benda alah tu.. ni tengah tunggu result nak tengok acane pegi die kulit kita lepas pakai tomato itu.

okay, selesai dengan penjagaan kulit dan khasiat tomato, sekarang saya nak mengshare recipe dengan kalian semua! seronok tak bunyi? bodoh.. haha! 

recipe ni kita try out sendiri setelah mencuba air yang dinamakan 'tomato toto' dekat Roost. orang johor tau lah kot mana Roost tu. haih, air ni sangat laa sedap dan sedap boleh telan sampai terkencing ok. hish.. ni yang rasa nak pergi lunch kat Roost ni sambil meneguk air tomato toto.. ok ok cut the crap Jia!

bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air tomato toto adalah, tomato, mcm biasalah kan sebab tomato merupakan topik utama, plain yoghurt, gula or sugar, air dan ice cube.
cara caranya... potong buah tomato kepada 4 bahagian supaya senang nanti engko nak blend, then masukkan dalam blender pitcher masing masing. make sure blender tu untuk buah buahan saja ye, jangan pakai mak korang punya yang dibuat blend cili padi bagai... hasilnya memang berapi lah kan.. ok lepas masukkan tomato, masukkan yoghurt, gula secukup rasa tapi jangan manis sangat la ye nanti potong kaki pulak rasa dia dah tak feel, letak air sikit je sebab dah bagitau tadi tomato ni memang juicy tak perlukan banyak air, dan masukkan ice cube secawan. ok ? lepastu boleh tekan switch dan tengok la buah tomato tersebut dikisar kisar ye? agak agak dah hancur semua korang boleh lah serve untuk diri sendiri.. letak la bunga bunga bagai kalau nak hidang kat boifren masing masing ye? konon menarik la kan.. selamat mencuba!


kecur pulak tengok tomato ni.. ni yang rasa nak pergi Tesco ni borong tomato.. haish... nafsu.. nafsu...

No comments: